Friday, May 30, 2008

Persetiaan dan Undang-undang Kepanduan

BAHAWA DENGAN SESUNGGUHNYA SAYA BERJANJI DAN BERSETIA DENGAN SEDAYA-UPAYA
MENUNAIKAN KEWAJIPAN SAYA KEPADA TUHAN, RAJA DAN NEGARA SAYA MALAYSIA
MENOLONG ORANG SETIAP MASA DAN MEMATUHI UNDANG-UNDANG KEPANDUAN


Seorang pandu puteri boleh dipercayai
Seorang pandu puteri sentiasa taat dan setia
Seorang pandu puteri suka menolong orang lain
Seorang pandu puteri bersahabat dengan semua orang dan pandu puteri yang lain
Seorang pandu puteri sentiasa bersopan-santun
Seorang pandu puteri melindungi haiwan dan sentiasa memelihara alam sekitar
Seorang pandu puteri sentiasa menurut perintah
Seorang pandu puteri bersemangat dan bergembira walaupun dalam masa kesulitan
Seorang pandu puteri sentiasa berjimat-cermat
Seorang pandu puteri suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan

Visi Pandu Puteri Malaysia

PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA BERTUJUAN MENJADI SEBUAH ORGANISASI YANG DINAMIK, EFEKTIF UNTUK WANITA REMAJA DAN DEWASA
PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA AKAN MENONJOLKAN IMEJ YANG SELARI DENGAN PROGRAM BERKUALITI YANG MENYEDIAKAN WANITA REMAJA DAN DEWASA HARI INI UNTUK MENJADI PEMIMPIN BERWIBAWA HARI ESOK

Misi Pandu Puteri Malaysia

PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA MEMPUNYAI KOMITMEN MELAHIRKAN GOLONGAN WANITA REMAJA DAN DEWASA YANG BERKALIBER MELALUI PENERAPAN ILMU KEMAHIRAN DAN NILAI KEPANDUAN DEMI KEPENTINGAN NUSA, BANGSA DAN ANTARABANGSA

Pengenalan Gerakan Pandu Puteri


Pada suatu hari dalam bulan September 1909, ketika Jeneral Robert Stephenson Baden Powell sedang memeriksa salah satu perbarisan seramai 11000 orang pengakap di Crystal Palace, London. Namun, beliau terperanjat apabila melihat satu kumpulan remaja perempuan memakai topi pengakap. Beliau tertarik dengan tindakan kumpulan tersebut.

"Siapa kamu?" tanya beliau.

"Kami adalah pengakap puteri," jawab mereka.


Beliau berasa gembira mendengar penjelasan mereka. Beliau memikirkan kemungkinan gerakan pengakap diperluaskan keahliannya kepada orang perempuan. Tindakan remaja perempuan itu menarik perhatian beliau.

Walaubagaimanapun, kehadiran mereka di upacara perbarisan pengakap juga menimbulkan masalah kepada Baden Powell. Ini adalah kerana pada waktu itu penglibatan perempuan dalam aktiviti lelaki tidak digalakkan. Beliau berasa bersalah menolak penglibatan perempuan dalam gerakan pengakap. Pada masa yang sama, beliau juga merasa bimbang akan reaksi ibu bapa jika beliau menerima penglibatan mereka.

Lalu, Baden Powell mencadangkan agar skim latihan serupa dengan budak lelaki diadakan juga untuk budak perempuan Skim latihan ini akan disesuaikan untuk budak perempuan. Nama pengakap untuk budak-budak lelaki ditukar kepada 'pandu' (guides) untuk budak-budak perempuan.