Friday, May 30, 2008

Pengenalan Gerakan Pandu Puteri


Pada suatu hari dalam bulan September 1909, ketika Jeneral Robert Stephenson Baden Powell sedang memeriksa salah satu perbarisan seramai 11000 orang pengakap di Crystal Palace, London. Namun, beliau terperanjat apabila melihat satu kumpulan remaja perempuan memakai topi pengakap. Beliau tertarik dengan tindakan kumpulan tersebut.

"Siapa kamu?" tanya beliau.

"Kami adalah pengakap puteri," jawab mereka.


Beliau berasa gembira mendengar penjelasan mereka. Beliau memikirkan kemungkinan gerakan pengakap diperluaskan keahliannya kepada orang perempuan. Tindakan remaja perempuan itu menarik perhatian beliau.

Walaubagaimanapun, kehadiran mereka di upacara perbarisan pengakap juga menimbulkan masalah kepada Baden Powell. Ini adalah kerana pada waktu itu penglibatan perempuan dalam aktiviti lelaki tidak digalakkan. Beliau berasa bersalah menolak penglibatan perempuan dalam gerakan pengakap. Pada masa yang sama, beliau juga merasa bimbang akan reaksi ibu bapa jika beliau menerima penglibatan mereka.

Lalu, Baden Powell mencadangkan agar skim latihan serupa dengan budak lelaki diadakan juga untuk budak perempuan Skim latihan ini akan disesuaikan untuk budak perempuan. Nama pengakap untuk budak-budak lelaki ditukar kepada 'pandu' (guides) untuk budak-budak perempuan.

No comments: